Tuesday, September 28, 2010

Ayuh gebang!

Sudah kah anda menonton Magika?

Filem in mengisahkan tentang Ayu dan Malik, dua beradik yang berada dalam kesedihan selepas kematian ibu mereka. Malik berasa lebih tertekan kerana memikirkan dialah punca kematian ibunya. Di suatu senja selepas bertengkar dengan kakaknya, Malik berjalan-jalan di hutan sehinggalah tersesat ke dalam sebuah alam ghaib bernama Magika.

Namun, nasib tidak menyebelahinya. Malik ditangkap oleh Nenek Kebayan dan pengikutnya untuk dijadikan bahan ubat jamu muda yang dihasilkan melalui air mata kanak-kanak manusia. Ayu yang terdengar jeritan adiknya cuba menyelamatkan Malik tetapi turut terperangkap didalam Magika.

Penjelajahan Ayu mencari Malik di Magika membuatkan Ayu menempuh pelbagai rintangan . Di situ Ayu dan Malik akan bertemu pelbagai watak mitos kepercayaan orang Melayu diantaranya termasuklah Badang, Naga Tasik Chini, Nenek Kebayan, Puteri Bunian, Bawang Putih, Bawang Merah dan ramai lagi. Yang peliknya watak-watak ini juga bernyanyi sambil berbicara sesama mereka.

Filem ni adalah sebuah filem bermuzikal, so ada byk lagu2 yang menarik terselit...antaranya ialah Magika, Gebang, Tidur Dahulu, Kita Bersaudara dll. Tapi, antara semua favourite saya ialah biler Maya Karin menyanyikan lagu bertajuk Gebang pada babak awal dalam cerita ni...sebagai konklusi saya bagi 5 bintang utk cerita ni...Ayuh gebang! :)