Sunday, January 4, 2009

HISTERIA


‘Histeria’ mengisahkan enam pelajar nakal yang bergelar ‘The Pink Ladies’ cuba memuja sebuah busut berdasarkan mantera yang terdapat di Internet. Percubaan olok-olok dirasuk menyebabkan kesemua mereka didenda membersihkan kawasan sekolah selama tiga hari ketika musim cuti sekolah.Zeta, pengawas yang memantau aktiviti sepanjang denda dijalankan. Watak Zeta bukan sahaja misteri, malah sifat kecenderungannya minati salah seorang murid itu berjaya dilakonkan dengan baik oleh Norliana Samsudin.

Adi Putra melakonkan watak guru salah laku apabila berhubungan dengan salah seorang ‘The Pink Ladies’. Walaupun ada beberapa adegan mampu mengundang kontroversi, namun ianya tidak keterlaluan malah memberi kelaianan kepada sinema tempatan.Liyana Jasmay sama sekali tidak mengecewakan walaupun tidak banyak berdialog. Banyak bermain emosi dan tangisan, dia berjaya mengekalkan kecermelangan seperti watak lain yang pernah dilakonkannya. ‘Histeria’ juga menyaksikan pendatang baru, Scha, berlakon dengan baik sekali. Solekan mayat dan hantu raya berjaya ditampilkan dengan baik tanpa banyak cela.

p.s# Teringat masa tgk muvie ni dgn kazen2 ku yg terchenta, biler scene seram jer, sayer dgn Fyqa tak sanggup nk tgk! So msg2 pon menutup mata serapat2 yg blh! *LOL*